Monday 28 November 2011

Cuti Sekolah dan Banjir

Biasanya, cuti sekolah hujung tahun yang panjang seperti ini akan berlaku banjir. Bagi murid-murid yang rumah anda di kawasan mudah dinaiki air atau banjir, sila berhati-hati. Banjir boleh membawa padah sekiranya tidak berhati-hati. Sekiranya diarahkan berpindah oleh pihak bertanggungjawab, pastikan semua dokumen penting dibawa. Usah berlegah-lengah lagi.

Walaupun banjir dan anda terpaksa berada di pusat-pusat pemindahan, jadikan amalan membaca itu sebagai satu hobi yang baik semasa berada di pusat-pusat pemindahan. Penuhi masa dengan membaca dan usahlah jadikan masa terluang itu semata-mata untuk bermain hujan dan air. Semoga semua murid akan selamat dan kembali ke sekolah nanti dengan suasana yang baik.

Friday 18 November 2011

Selamat bercuti kepada semua murid-murid. Walaupun cuti sekolah, namun jangan lupa mengulang kaji pelajaran. Setidak-tidaknya belajarlah sesuatu yang berfaedah seperti belajar komputer, mengaji Quran atau membaca buku. Semoga cuti sekolah yang panjang ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Tuesday 8 November 2011

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa kesekolah.

Pon...pon...pon...pon...pon.. pon.. pon.. pon..pon..
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek 

Lagu dan Lirik
Nasir Yusof

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalammualaikum wr wb..
Cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Maaf terlewat membuat ucapan kerana beberapa hari sebelum raya server tidak dapat di akses. Apapun cikgu harap semua murid bergembira di hari raya. Hari ini kita mulakan pelajaran baru dengan menyiapkan tugasan lama. Memandangkan ramai murid yang seronok berhari raya dikampung mengikuti keluarga serta keadaan capaian internet terganggu, latihan yang lama dilanjutkan sehingga hari isnin hadapan (14 November 2011). Diharap murid-murid dapat menghantarnya dengan segera.