Monday 24 October 2011

Happy Depavali 2011

Saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Depavali 2011 kepada rakan dan murid-murid yang menyambutnya pada 26 Oktober 2011 nanti. Semoga ceria selalu.

Thursday 20 October 2011

Soalan Ujian/Latihan
Sila jawab semua lima (5) soalan di bawah dan hantar pada 27 Oktober 2011 (Khamis)

1.Berdasarkan lagu Akan Kubalas Jasa, Lirik dan Lagu oleh Ramlan Harun, apa yang akan dilakukan apabila anda telah dewasa kelak?

2. Siapakah yang membesar kita sehingga dewasa?

3. Jasa ibu dan ayah ialah mendidik kita dengan sempurna.

4. Apakah perasaan anda kalau ibu dan bapa kita sakit?

5. Sekiranya kita deman atau sakit, dimanakah anda akan dibawa oleh ibu dan bapa?

* Minta bantuan ibu dan bapa untuk melayari blog ini terutamanya untuk mencari bahan rujukan.

Wednesday 19 October 2011

KANDUNGAN TAHUN 3

2. KEMAHIRAN
(a) Nyanyian

 Tekni k menyanyi – Postur ; sebutan ; pernafasan


AKAN KU BALAS JASA
 
Bila aku telah dewasa
Aku akan membalas jasa
Ibu ayah tercinta, jasamu tak ku lupa
Mendidik ku hingga sempurna
Ibu ayah tercinta
Jasa mu tak ku lupa
Mendidik ku
Hingga sempurna

[Sila muat turun lagu ini di sini http://mp3skull.com/mp3/balas_jasa.html ]

Copyright
Ramlan Harun
Juga boleh didapati di 
http://www.scribd.com/doc/35148829/Akan-Ku-Balas-Jasa

Postur
Murid-murid digalakkan melayari laman ini untuk kedudukan yang betul semasa menyanyi. Minta bantuan orang dewasa untuk melayari laman web ini bagi membantu memudahkan aktiviti.

Soalan latihan/Ujian akan dimuat naik tidak lama lagi. Sila semak email masing-masing.

Ubah salah tanggap bidang muzik


Muhamad Razin


SHAH ALAM – Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober ini membuktikan muzik boleh dinikmati oleh umat Islam dengan batas-batas yang dibenarkan syarak.
Malah muzik yang menyeru ke arah kebaikan boleh membentuk nilai yang positif dalam diri individu terutama remaja untuk menolak gejala sosial yang semakin berleluasa ketika ini.
Menurut ahli kumpulan nasyid Mestica, Muhamad Razin Che Mud, tidak salah sekiranya seseorang itu berkarya dalam bidang muzik selagi perbuatan itu tidak bertentangan dengan hukum agama.
Dia memberitahu, kewujudan beberapa tanggapan negatif terhadap pemuzik membuatkan ada pihak yang memandang serong terhadap penggiat seni dengan melabel mereka sebagai jahil agama.
Katanya, antara kata-kata kurang enak yang menyinggung golongan pemuzik seperti ‘pemuzik tidak sembahyang kerana mereka bermain instrumen’ harus disangkal sama sekali.
“Siapa kata pemuzik tidak taat kepada agama dan tidak sembahyang? Tanggapan ini tidak benar dan ia merupakan tanggungjawab kami pada konsert di karnival itu nanti untuk membetulkan persepsi berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Tuesday 18 October 2011

Media Pencari Maklumat Video dan Bahan Bantu Mengajar

Mencari dan muat naik atau muat turun video untuk P&P
Bahan dalam bentu MS word, Excel, Powerpoint dan sebagai. Terdapat juga bahan dalam bentuk mp3, 3gp, jpeg dan sebagainya.
Hasil penerbitan  Kementerian Pelajaran Malaysia dan pendaftarannya ada percuma. Sila hubungi PKG berdekatan untuk mendapat keterangan lanjut. 
Perkongsian yang boleh dimuat turut dalam bentuk pdf atau Microsoft Office.



Cadangan :
Sekiranya bahan yang diperlukan untuk tujuan pendidikan anda hanya boleh muat turun sahaja dan kebenaran daripada webmaster boleh dibuat apabila anda mendaftar (sign in & Rigester Form) sebagai pengguna. Sekirannya dikenakan bayaran, itu adalah tanggungjawab anda. Terima kasih
Amaran !!!
Usah terlibat dengan bahan-bahan prono atau bahan-bahan tidak bermoral. Sekiranya anda muat naik atau muat turun bahan-bahan prono, bahan larangan hakcipta dan sebagainya, ia bukan tanggungjawab saya. Nasihat saya ialah, guna ruang media yang disambungkan ke arah kebaikan. Sekiranya terdapat sambungan yang tidak bermoral, sila tekan ALT + F4 untuk menutupkan paparan tersebut.

4shared, Gerbang download

Sekiranya anda ingin muat turun pelbagai media yang dicari-cari, sila ke laman web ini. ia banyak membantu apa yang anda ingin cari tetapi tidak dapat dicari di laman-laman yang lain. Misalnya anda ingin muat turun lagu negaraku, anda boleh ke laman ini. Sila klik contoh ini..http://www.4shared.com/audio/eAVzpmdc/lagu_kebangsaan_-_negaraku.html

Peringatan..
Adalah menjadi satu kesalahan muat turun sebarang lagu tanpa kebenaran daripada hakcipta. Nasihat saya ialah anda hanya perlu muat turun lagu-lagu atau bahan-bahan yang hanya dibenarkan sahaja. Saya tidak mahu anda salah guna laman blogger ini kerana muat turut hasil cipta orang lain tanpa kebenaran. Sila hargai apa yang orang lain mahukan. Apapun, anda boleh muat turun bahan atau lagu-lagu yang telah diberi akses oleh penerbit atau penyedia laman web atau blogger. Akses tanpa kebenaran adalah tanggujawab anda sendiri.Terima kasih.

Permulaan yang baik..

 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Saya bersyukur pada Allah Swt kerana dengan limpah dan kurniaNya maka dapat saya menyediakan blog perkongsian ini. Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada sahabat-sahabat yang melayari blog ini.

Blog ini dinamakan sebagai “melody” kerana saya cuba berkongsi pelbagai ilmu berkaitan muzik dan beberapa ilmu lain terutamanya mengenai komputer, grafik dan tips motivasi. Semua ini saya akan paparkan daripada apa yang saya tahu sahaja.

Bertolak daripada itu, saya juga mengharapkan komen-komen membina daripada rakan bloger yang lain agar blog ini menjadi lebih bermanfaat dan medan untuk berkongsi ilmu. Sekiranya ada sesuatu menarik untuk dikongsikan, blog ini bersedia menjadi tempat untuk capaian sesuatu yang dimaksudkan itu.

Saya tidak berminat untuk membuat capaian kepada blog-blog yang mirip kepada jualan langsung, pelaburan internet atau blog-blog yang hanya mementingkan pendapatan lebih daripada perkongsian ilmu. Justeru, diharapkan kepada para blogger yang memberi komen atau meletak iklan berupa maksud tadi, diharap lebih bertanggungjawab.

Dewasa ini berkongsi ilmu tidak lagi hanya pada rakan-rakan yang dikenali sahaja, malah ilmu boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja asalkan ia dapat memberi manfaat yang berguna. Rata-rata hari ini kalau sebut mengenai jualan internet atau pelaburan internet, ramai yang berpusu-pusu menyertainya. Wahalnya mereka sudah tahu pelaburan seperti itu salah dari segi undang-undang dan ada yang sudah terkena akan bahananya. Semoga rakan-rakan yang terlibat dengan skim itu cepat-cepat sedar dan yang sudah terkena dapat menolong rakan-rakan yang lain agar menjauhinya.

Kepada rakan blogger yang berjaya mewujudkan blog yang menarik, tahniah dan syabas. Semoga medan ini menjadi satu panduan kepada kita semua bahawa ilmu harus dikongsikan. Selamat menyertai blog..

Mazlan bin Che Kob
Jerantut
19 Oktober 2011