Tuesday 18 October 2011

Permulaan yang baik..

 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Saya bersyukur pada Allah Swt kerana dengan limpah dan kurniaNya maka dapat saya menyediakan blog perkongsian ini. Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada sahabat-sahabat yang melayari blog ini.

Blog ini dinamakan sebagai “melody” kerana saya cuba berkongsi pelbagai ilmu berkaitan muzik dan beberapa ilmu lain terutamanya mengenai komputer, grafik dan tips motivasi. Semua ini saya akan paparkan daripada apa yang saya tahu sahaja.

Bertolak daripada itu, saya juga mengharapkan komen-komen membina daripada rakan bloger yang lain agar blog ini menjadi lebih bermanfaat dan medan untuk berkongsi ilmu. Sekiranya ada sesuatu menarik untuk dikongsikan, blog ini bersedia menjadi tempat untuk capaian sesuatu yang dimaksudkan itu.

Saya tidak berminat untuk membuat capaian kepada blog-blog yang mirip kepada jualan langsung, pelaburan internet atau blog-blog yang hanya mementingkan pendapatan lebih daripada perkongsian ilmu. Justeru, diharapkan kepada para blogger yang memberi komen atau meletak iklan berupa maksud tadi, diharap lebih bertanggungjawab.

Dewasa ini berkongsi ilmu tidak lagi hanya pada rakan-rakan yang dikenali sahaja, malah ilmu boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja asalkan ia dapat memberi manfaat yang berguna. Rata-rata hari ini kalau sebut mengenai jualan internet atau pelaburan internet, ramai yang berpusu-pusu menyertainya. Wahalnya mereka sudah tahu pelaburan seperti itu salah dari segi undang-undang dan ada yang sudah terkena akan bahananya. Semoga rakan-rakan yang terlibat dengan skim itu cepat-cepat sedar dan yang sudah terkena dapat menolong rakan-rakan yang lain agar menjauhinya.

Kepada rakan blogger yang berjaya mewujudkan blog yang menarik, tahniah dan syabas. Semoga medan ini menjadi satu panduan kepada kita semua bahawa ilmu harus dikongsikan. Selamat menyertai blog..

Mazlan bin Che Kob
Jerantut
19 Oktober 2011


No comments:

Post a Comment