Wednesday, 19 October 2011

Ubah salah tanggap bidang muzik


Muhamad Razin


SHAH ALAM – Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober ini membuktikan muzik boleh dinikmati oleh umat Islam dengan batas-batas yang dibenarkan syarak.
Malah muzik yang menyeru ke arah kebaikan boleh membentuk nilai yang positif dalam diri individu terutama remaja untuk menolak gejala sosial yang semakin berleluasa ketika ini.
Menurut ahli kumpulan nasyid Mestica, Muhamad Razin Che Mud, tidak salah sekiranya seseorang itu berkarya dalam bidang muzik selagi perbuatan itu tidak bertentangan dengan hukum agama.
Dia memberitahu, kewujudan beberapa tanggapan negatif terhadap pemuzik membuatkan ada pihak yang memandang serong terhadap penggiat seni dengan melabel mereka sebagai jahil agama.
Katanya, antara kata-kata kurang enak yang menyinggung golongan pemuzik seperti ‘pemuzik tidak sembahyang kerana mereka bermain instrumen’ harus disangkal sama sekali.
“Siapa kata pemuzik tidak taat kepada agama dan tidak sembahyang? Tanggapan ini tidak benar dan ia merupakan tanggungjawab kami pada konsert di karnival itu nanti untuk membetulkan persepsi berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment